bukan sekadar menutupi,
tapi melindungi.
Ini pendapat aku, yang aku sendiri rasakan.
bila aku pakai tudung, takde nya aku nak pakai baju tak cukup kain.
sleeveless, shorts etc. etc.
tapi tudung sahaja mcm tak cukup.
maksud aku kalau ia sekadar tudung yang sebenarnya hanya lapisan kain membalut kepala lah.
pakai tudung tapi singkat.
pakai tudung tapi jarang sangat.
pakai tudung tapi ketat sangat,
lately,
aku mencuba pakai tudung berlainan saiz ke kuliah, ke luar rumah.
entah, ini memang hanya pendapat aku secara individu.aku tak tahu org lain.
aku rasa layanan org sekeliling juga berlainan.
lebih2 lagi orang asing (stranger)
mereka menghormati, contoh, kalau beli barang, kalau ada baki, selalunya mesti tersentuh sikit kat tangan, bila aku pakai tudung besar sikit, perkara tu mcm tak jadi tau.
bila aku pakai tudung besar sikit,
aku sendiri rasa malu jika pakaian aku nampak bentuk badan ke,
sengseng lengan baju ke.
mcm tu lah.
aku gemuk dan pendek.
so basically memang baju2 aku tu kadang2 menampakkan lemak sana sini. tapi bukan aku sengaja. hahaha
banyak lagi yg aku kena belajar dri hikmah yang telah Allah bagi kat aku.
selama ini aku takut yang aku tak boleh buat.
tapi, selagi kita tak melangkah, sampai bila2 pun kita masih di tampuk lama.
aku ingin jadi berani,
berani jatuh, berani tergolek, berani malu,
untuk.
terus disini, bangun sendiri dan menjadi yg lebih baik.
Layakkah aku untuk mengharapkan seorang lelaki yang baik untuk menjadi pendamping dan pembimbing ke jalan yang benar?