Friday, 12 August 2011

Renungan bersama

Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : “Wahai Tuhanku! Engkau


telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir


kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.”


Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”


Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di


manakah pula tempatku berkumpul?”


Firman Allah: “Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab


malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”


Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk


mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?”


Firman Allah: “Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”


Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar,


apakah pula cerita bagiku?”


Firman Allah: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”


Iblis bertanya:”Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka


memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?”


Firman Allah: “Azan untukmu ialah seruling.”


Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga


nabi, siapakah yang menjadi utusanku?”


Firman Allah : “Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan


Aku.”


Iblis Bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada


mereka, apakah pula tulisan bagiku?”


Firman Allah: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”


Iblis bertanya:”Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap


bagiku?”


Firman Allah : “Perangkap bagimu ialah wanita.”


Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan


nama-Mu, apakah pula minuman untukku?”


Firman Allah : “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku


padanya.”


Sabda Rasulullah saw : ” Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan


kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya


amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.”


(Hadis Riwayat Muslim)

No comments: