Sunday 12 October 2008

i've been tagged.oleh wanita ini.

15 perkara tentang aku.

1.aku pakai jam di tangan kanan,although it is made untuk pakai
di tangan kiri.sebab aku kidal.aku pernah ada impian nak buka
kedai peralatan untuk orang kidal such as,ruler,watch,gunting,
golf set,etc.

2.jam tangan bagi aku sangat penting,dan aku tak suka jam digital
sebagai jam tangan.aku suka simple,ada nombor.org kata taste jam
tangan aku macam org dewasa.ceh~

3.di kolej, aku tiada classmate. kadang2 aku rasa nak berguling dalam
lif sebab kebosanan.

4. dulu,aku pencinta telefon bimbit jenama nokia,dan pernah kata
yang sony ericson dan motorola adalah pilihan terakhir.pernah madly
in love dgn nokia 6600(sabun),kerja sambilan utk beli itu.bila dah
cukup duit, i end up beli motorola v3i maroon.sebab dia,flip,dan
merah!tapi tak sampai setahun kena curi dalam train.sekarang aku
guna hp sony ericson w200i.

5. tak pernah angkat,belai,peluk kucing.usap2 tu pernah la tu pun
member kena pegang kucing itu.hmm,aku tak benci cuma tak suka.

6.tikus adalah haiwan yang paling,paling aku tak suka. Instead,
binatang hidup yg aku suka adalah ikan dan binatang2 di zoo,
sebab mereka2 tidak dapat mengejar dan merosak kan benda aku.
serius,aku suka ke zoo.

7.Aku gemuk,pendek,tak cerah.tapi aku still rasa aku cantik! hahaha!

8.jarak umur me n my lil sister,10tahun!so dalam hampir 20tahun aku
hidup ini,hampir 15tahun aku bermonolog sendiri,di depan cermin(aku
cant live w/out it!),ketika memandu,mandi,sebelum tidur dan dimana2
sahaja.tapi bukan di public,nanti aku di anggap gila.

9.tak pernah kena denda akibat kuku panjang. aku benci berkuku panjang.
adik ku kata kuku aku tak pernah tumbuh.abang ku kata aku tak ada kuku!
cis~pernah simpan kuku panjang sikit tapi patah.
kalian pernah tengok kuku memerang?

10.kadang2 aku rasa, hidup aku selalu di kelilingi kawan2 yang kembar.
-masa darjah satu,kawan antara yang awal,hazri dan shafri.dorang duduk
berhadapan dengan aku.sampai darjah 4 satu kelas.
-masa darjah 4,ada kembar baru balik dari u.s masuk kelas aku. syahmi
and syazni.ok aku suka salah seorang sampai aku form 3!satu kelas
sampai form 5,kecuali form 1 & 2.
-darjah 4 juga,aku ke u.k,besh friend kat sana juga kembar. athirah and
adilah zain.mereka super duper besh,n bila mereka balik m`sia.rumah
sangat dekat.
-form5,aku pernah ala2 di ancam,n pasangan kembar ini menjadi back up aku.
mereka ala2 gangster kat sekolah.ngeee...syuhadah n hidayah.
-di kolej,aku tiada jumpa pasangan kembar yang jadi kawan aku.tapi aku ada
kawan yang kembar sepupu housemate aku.

11.aku bukan seorang yang sabar bila tiba saat2 menunggu. cukup2 tak suka
bila orang yg aku akan tunggu tu ambil masa yg lama utk bersiap.
lagi2 bila janji jam ini dan ini,tapi lambat juga.aku rasa di perkotak katik kan
masa aku.sebab aku tak suka orang tunggu aku.aku akan rasa bersalah.

12.bila kipas di hadapan aku.aku akan kuatkan semaksima yang mungkin. bergantung juga
pada keadaan sekeliling.aku bukan penyejuk.juga didalam kereta.kalau aku sejuk pun,
aku mesti nak ada angin,kalau tak aku akan rasa stuffy!

13.aku kedekut.serius.aku kedekut untuk keluarkan duit aku untuk sesuatu yang kurang menguntungkan
aku.sebenarnya aku sangat berkira tentang wang.tapi kadang2 aku terasa kejam juga.jadi,
bergantung pada keadaan juga.tapi bab kedekut itu memang benar.

14.aku pencinta tulip,bintang,polka dot,merah,sudoku(hampir diraba ketika sedang asyik
bermain sudoku didalam bas) dan victorian style

15.aku simpan semua resit2,pembalut coklat yg orang bagi,kad ucapan.
mama kata aku suka simpan sampah!tak kisah sebab aku suka.

2 comments:

Anonymous said...

okay 1 dan 2 kite same.
cume aku x kidal.
sbb tu aku juga bukan sebarang tipikal! eh.

akuYANGtipikal said...

hehehehe...
okay shamel kite geng!
haha