Monday, 13 October 2008

cerewet.

cerewet kah?

bila....

1.aku tak suka bila orang kemas barang2 aku.i know barang aku banyak,
dan aku tahu bila ada orang usik.

2.aku lebih tak suka bila dapur bersepah dan kotor.tahap aku kisah
tentang kebersihan dapur melebihi aku kisah tentang bilik tidur.
aku sedikit tak kisah bila bilik berselerak.tapi bukan dapur.terutama
sekali bahagian sink dan peti sejuk.
peti sejuk:
-aku tak suka bila simpan barang basah yg mentah dalam bekas tak bertutup.
-botol kosong letak dalam peti.
-benda yg tumpah tak di lap.so disgusting.
-peti ais yg bersepah2.i really hate it.
-simpan makanan basi?update!

sink:
-hitam2 kulat di tepi2 sink.oh please!
-pinggan yang diletak dlm sink bersama sisa2 makanan.ini la punca sink
tersumbat.owh!
-pinggan mangkuk yang berhari2 tak cuci.tolong lah.sangat tak suka!

3.aku bukan seorang yang sabar bila tiba saat2 menunggu. cukup2 tak suka
bila orang yg aku akan tunggu tu sangat ambil masa yg lama utk bersiap.
lagi2 bila janji jam ini dan ini,tapi lambat juga.aku rasa di perkotak katik kan
masa aku.

4.bila buat kerja ada dateline.aku tak suka bila masa dah suntuk.aku tidak boleh
duduk dengan tenteram selagi benda tu tak siap.tapi aku tak menafikan aku seorang
yg suka melengah2 buat assingment.ngeeee.....

5.tandas,water closet,jamban,bath tub....etc. tapi aku bukan rajin sgt.cuma aku paling cerewet tentang ini.
-kulat2 di dinding.
-ada kesan air kencing di tepi2 jamban.
-bau hancing.
-gayung yang berlendir~euuuuu yucks!
-berus basuh kain yang dah ada kulat2 hitam di celah2 berusnya.mesin2..

aku akan memilih mandi dengan shower yg mana air nye kuat.kalau slow,i rather guna
gayung dan baldi.

6.aku tak suka orang pemalas.sebab ia tak memotivasikan aku.sebab aku tak rajin.

7.aku suka kerja yang cepat.aku akan mesin bawang,cili,siang ikan,ayam dan simpan dalan peti.
bila memasak tak mengambil masa yang lama.tapi tak boleh apply ke semua tempat yang aku
duduk.aku dah sedar hidup aku dan orang lain berbeza.

8.lepas makan,aku tak suka biar tangan aku menjadi kering.macam sedikit tidak selesa.

9.kadang kala,aku rela buat kerja2 daripada tengok orang lain buat dan aku tak
puas hati.penat tu penat la juga tapi satisfied!

10.aku bukan seorang yang rebel.tapi rumit.aku bukan juga orang yang boleh sorok raut wajah bila aku
tak suka.aku suka.excited or teruja.tapi aku semakin hebat dalam meng'hide' it.

10 comments:

Anonymous said...

nak kata cerewet tu mmg yer...
tapi bagus...
sbb dapur akan sentiasa bersih..

think of the posotive side..ok =)

salam perkenalan...

Anonymous said...

kamu ini suka membebel atau suka maintain kebersihan dapur??

hehheheheheheheh

ok,
housmate saya juga macam kamu....
so dia akan suka lap dapur selepas masak, cuci toilet...dan mop lantai...

indah nya dunia...lalalallalalahahahha

Anonymous said...

eh..kamu tahu ape?
ini seperti smbungan the previous entry.
mcm 11 perkara cerewet tentang aku.
hee~

akuYANGtipikal said...

manusia rumit-salam perkenalan :)

tuan caracol-diriku tidak rajin..hahaha

shamel...-eh yeke?lebih kurang la...ngehehehehe

Anonymous said...

cerewet bkn bukti bertindak. sbb tu pen-cerewet...akn bergandingan dgn si bertindak

Anonymous said...

hurmmm...ikut kamus dewan,cerewet adalah byk cakap(ada yg xkena),suka berleter,bersungut,mencela,etc..tp aku nak kasi cth ayat,cerewet sungguh kerja2 buat lemang...ada kaitan ke?ape lah aku dah m'carut nih...milo kosong suam gelas kurang manis...cerewetkah?

akuYANGtipikal said...

benbaz- pen-cerewet juga adalah seorang si-petindak.

stanum-yup,aku merungut dan sesungut.ngeeeee :x

Anonymous said...

pe-cerewet bkn sentiasa menjadi pe-tindak....bkn semua pencerewet menjadi petindak. nk bukti? real n hurt for sure. warning: jgn cabar sesuatu yg x tertanggung!!

akuYANGtipikal said...

anonymous-
pen-cerewet juga seorang pentindak,
bukan semua pencerewat adalah penindak~
it hurts sebab pen-cerewet tu cerewet.
if tak,pencerewet takkan cerewet~

miera said...

kenape sy mcm xphm?huhuh