Monday, 14 July 2008

kau lebih tua,aku menyedarinya dulu.

mungkin sebab aku perempuan,
tapi situasi kita sama,walau keadaan berlainan.
sewaktu kau di seberang laut,aku masih dibangku sekolah.
aku terpaksa balik setiap dua minggu.kau akan balik bila cuti panjang.
memakan kos.
kau sering dirindui,kerana jarang pulang.
aku sering dimarahi kerana membawa pulang pakaian kotor.ngeee...
aku selalu meminta aku dapat belajar jauh dari kediaman,tapi kau sering dapat peluang itu.
kau selalu jauh,
tuah memilih kau.
aku jauh juga,maksimum 45km.masih belum cukup 2marhalah.
kau sering dapat membawa pulang bekalan yg enak naik pesawat.
yg dimasak khas utk kau.
aku selalu akan membawa pulang makanan yg lebih jika ada.
ok,kadang2 aku seludup dlm beg..stok...hehehehe
ketika shopping,aku suka bila kau ada,
aku akan dapat ambil lebih dari apa yang selalu aku dapat.
kau boleh memilih,ye la.kau jauh.jarang balik juga.
kau ambil sabun attack,aku ambil dynamo.
aku terpaksa tukar...-"jgn hidup mcm org kaya"
ok,bertukar kepada breeze pek kecil rm5.20

hubungan kita baik,wlu kau pernah menampar aku 6disember 2006-sehari b4 paper syariah spm..
aku sakit hati!tapi kau pujuk.usah ungkit,aku sudah memaafkan..
nasib syariah dpt a1
mungkin sebab berkat tangan kau...hahaha

kau sering diingati oleh kaum kerabat kerana keramahan kau,
kekacakan kau-ok mungkin sebab kau kemas bukan kacak.
pandai melayan kanak2.mereka suka kau.
kau mempunyai pacar,
aku tahu semuanya.
aku seronok menjadi pendengar kisah cinta kau.
aku gembira kerana jadi teman itu.
dan sesungguhnya aku selalu berbangga menceritakan tentang kau kepada sesiapa sahaja
yg bertanya.
...........................
kau tahu tak..atau cukup jika kau sedar hakikat ini.
pernah aku ingin bercerita tentang seseorang ini kepada kau
seperti mana kau bercerita tentang pacarmu.-wlu pun seseorang itu bukan pacarku.
tetapi kau tidak peduli pun,malah tak ingat apa2 pun tentang nya.
buatkesekian kali,kau mempamerkan kisah cinta kau kepada aku.
aku masih suka mendengar.
aku juga seperti kau,ingin meluang masa di dunia sendiri,
aku sering merungut bila terpaksa balik kerumah di hujung setiap minggu.
kerana jarak yang dekat.
aku tertekan kerana kau tidak perlu balik setiap minggu mcm aku,
malah aku tidak sempat dirindui oleh sesiapa pun seperti kau.
kepulangan dirai.
ok,kau sudah memiliki kenderaan sendiri,
jarak juga sudah dekat.masih dirindui oleh yg lain.
bila kau pulang kau akan menjadi tumpuan yang lain.
aku?seperti biasa.
ok ini kenyataan.tapi kau tak nampak.
beliau dan beliau sudah bising kerana kau jarang pulang sekarang
sebab jarak dan dekat.
aku sering dibebel,sebab asyik terlibat dengan kem sana sini.
dikatakan alasan tidak mahu pulang.mungkin juga.
aku ingin 'life' seperti kau dapat,
aku ipts kau ipta.itu turut diperkata sesetengah golongan.
sekurang2 aku tidak gagal mana2 paper.
wlu tidak dpat beat keputusan kau di tahun pertama................
sekarang..
aku sering pulang,
tidak mencari sebab dan alasan lagi untuk pulang.
selepas aku sedar hakikat,
aku belum menjadi seorang anak yg berguna.
patut la aku tidak berpacaran.
aku juga meminta restu mahu kemana2-sebelum ini selalu ada yg aku tipu kemana aku pergi,apa aku buat,dengan siapa aku bersama,
now,aku dapat ketengan yg tak aku miliki sebelum ini.
dia dan dia membebel,kau dengar byk mana yg aku dengar?
mereka meluahkan perasaan...kau ada dengar?
dia menangis...kau ade lihat?
dia marah sebab kau,dan yg lain,siapa yg mendengar kalau bukan aku?
sebab kau tiada disini...

semakin hari aku mengenali dia lebih dari 4 yg lain termasuk kau.
kau tahu aku sering cemburukan kan kau sebelum ini...
ia ditakdirkan...menjadi kan aku siapa hari ini.
aku pentingkan kan kawan lebih dari keluarga sebelum ini.
aku jahil,
aku tidak kesal,sebab aku puas dlm belajar semua itu.
dia sangat ego.kau pun tahu.
tapi sekarang aku dekat dgn nya.
aku sudah dapat berkongsi ego itu.
bukan aku seorang egois,tapi dikelilingi org2 ego.
semakin hari aku nampak dunia yg lain dari dunia aku sebelum ini.
aku lihat pentingnya keluarga dari yg lain,
aku lihat kau pun sudah lain,mungkin kau sama cuma aku baru sedar personaliti kau
jgn la begini.aku harap kau sedar cepat.
kau sudah memiliki byk benda,pengalaman yg aku idam.
tetapi aku sudah tidak cemburu,malahgembira.
kau hampir tamat pengajian.dan akan kerja dan kawin,
bila lagi kau nak duduk rumah...-ye aku akui kau byk menggembirakan dia.
dan merka semua.
kau sungguh suci,dimata ramai org,jarang mendengar cerita buruk tentang kau.
tapi sesungguhnya,jangan spoilkan itu.
yg baik,yang sopan yang patuh...lebih menyakitkan dia jika menyakiti.dalam.
aku bukan terbaik dikalangan kita,
takkan menjadi yg terbaik pun.
tapi aku sedar dulu.aku bukan penyabar.
bukan juga pandai menjaga adab mcm kau.
terutama di kalangan kaum keluarga.
tapi,aku mula sakit hati dan sedikit menyampah,bila kau mula
membelakangi mereka.
jgn meratapi waktu yg terluang seperti sekarang 10tahun akan dtg.kau lebih tua,wlu bukan tertua,patut lebih tahu hakikat ini.
p/s: too much is as bad as too little~

1 comment:

Anonymous said...

i'm ur early edition...u said not me.